Penternak ditembak ketika cuba halang enam lelaki curi lembu

TANAH MERAH - Seorang penternak lembu berdepan detik cemas apabila terkena tembakan dilepaskan oleh salah seorang daripada enam lelaki yang dipercayai mencuri haiwan terbabit dalam kejadian di ladang kelapa sawit di Felda Kemahang 1 di sini pada awal pagi Isnin.
Kejadian jam 3 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 43 tahun mengalami kecederaan pada bahagian pipi.
Difahamkan, dia berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tanah Merah di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Suprintenden Mohd Haki Hasbullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya siasatan lanjut masih dijalankan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

