James Chai sambung rakam keterangan esok

James Chai akan sambung rakam keterangan esok.
James Chai akan sambung rakam keterangan esok.
A
A
A

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan proses merakam keterangan bekas pegawai Datuk Seri Rafizi Ramli iaitu Chai Jin Shern atau James Chai pada Khamis bagi membantu siasatan projek semikonduktor bernilai kira-kira RM1.1 bilion.

Menurut sumber, saksi itu telah hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari kedua bagi menyambung memberi maklumat dan membantu siasatan kes berkenaan.

“Saksi tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi tadi dan beliau hadir bagi hari kedua untuk dirakam percakapan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Mohd Hafaz Nazar ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut memaklumkan, saksi telah dilepaskan pada jam 6.45 petang tadi dan akan disambung lagi untuk hari ketiga, pada jam 10 pagi Khamis.

Pada 1 April lalu, SPRM dalam kenyataan berkata, James Chai telah dikenal pasti sebagai individu yang diperlukan untuk membantu siasatan.

Menurut SPRM, pada 4 Mac 2026 agensi berkenaan telah mengeluarkan Notis Mengesan Individu bagi mengesan James Chai sebelum menerima surat daripada Tetuan individu terbabit bertarikh 9 Mac 2026 yang memaklumkan bahawa James Chai tidak dapat hadir untuk dirakam percakapan dengan alasan kos penerbangan dan kekangan pekerjaan.

SPRM kemudiannya telah mengeluarkan surat balas bertarikh 13 Mac 2026 memberi lanjutan masa untuk James Chai hadir pada 31 Mac 2026, namun beliau sekali lagi gagal memaklumkan keinginan untuk hadir.

Berikutan itu, SPRM telah mengeluarkan surat pada 1 April yang menetapkan bahawa James Chai perlu hadir dalam tempoh dua minggu.

Pada 12 Februari, SPRM menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM telah merekod keterangan 17 saksi melibatkan pegawai Kementerian Ekonomi serta agensi berkaitan termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!