Empat rumah guru, kantin sekolah terbakar

Empat rumah guru dan sebuah kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran pada petang Rabu. Foto APM
Empat rumah guru dan sebuah kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran pada petang Rabu. Foto APM
A
A
A

TONGOD - Empat rumah guru dan sebuah kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Imbak, di sini, musnah dalam kebakaran pada petang Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu menyebabkan 13 penghuni terjejas akibat kebakaran tersebut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tongod, Leftenan Adrian Dauli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu.

Anggota APM membantu memadamkan kebakaran. Foto APM
Anggota APM membantu memadamkan kebakaran. Foto APM

"Seramai empat anggota APM tiba di lokasi pada jam 6.53 petang untuk menjalankan pemantauan serta penilaian risiko di kawasan terjejas.

"Dalam kejadian itu, terdapat empat rumah guru, sebuah kantin sekolah dan sebuah kenderaan musnah akibat kebakaran.

"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun terdapat 13 mangsa terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan sembilan wanita dewasa terjejas akibat kebakaran," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi memastikan keselamatan.

Artikel Berkaitan:

"Operasi turut disertai beberapa agensi lain termasuk pasukan bomba bantuan dan kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!