Dua penuntut IPG lemas: Suasana pilu selubungi forensik

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik HSB apabila ahli keluarga dan rakan-rakan kepada dua mangsa tidak dapat menahan kesedihan.
Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik HSB apabila ahli keluarga dan rakan-rakan kepada dua mangsa tidak dapat menahan kesedihan.
A
A
A

ALOR SETAR – Lebih 100 individu hadir ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada malam Isnin di sini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada dua penuntut yang lemas di Pantai Merdeka.

Mereka terdiri daripada rakan, pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis dan ahli keluarga mangsa.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik HSB apabila ahli keluarga dan rakan-rakan kepada dua mangsa tidak dapat menahan kesedihan.

Mereka hadir untuk menuntut jasad mangsa dan dilihat masih menunggu di lokasi sehingga jam 10 malam bagi menunggu urusan berkaitan kedua-dua mangsa selesai.

Mangsa dikenal pasti sebagai Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, penuntut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Jasmani) di IPG Kampus Perlis.

Hadir sama memberikan penghormatan terakhir ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah, Abdul Rahim Mat.

Difahamkan, jasad kedua-dua mangsa yang selesai menjalani proses bedah siasat dijangka dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing di Sibu dan Kuching, Sarawak pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, media melaporkan kedua-dua penuntut terbabit ditemukan lemas selepas kayak yang dinaiki mereka terbalik dipukul ombak di perairan Pantai Merdeka, petang Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, kayak dipercayai gagal dikawal akibat ombak dan arus deras sebelum mayat mangsa ditemukan tersangkut pada jaring nelayan tempatan dalam keadaan masih memakai jaket keselamatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!