Kanak-kanak jatuh longkang: Mayat Khairil Izani ditemukan selepas tiga hari hilang

Mayat mangsa ditemui terapung sebelum disedari PBS Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.
Mayat mangsa ditemui terapung sebelum disedari PBS Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.
A
A
A

KUALA SELANGOR – [DIKEMAS KINI] Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki, Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan di tebing sungai, Sungai Buloh pada Khamis.

Mayat mangsa ditemui terapung sebelum disedari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, mangsa yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemukan pada jam 1 tengah hari.

"Pasukan bomba PPDA bersama PBS Saujana Utama telah menemui mangsa di Sungai Buloh menghala ke Ijok selepas memulakan pencarian dari pusat kawalan bomba (PKB).

"Pencarian bermula dari parit berhampiran Masjid Taman Alam Jaya sebelum bergerak kira-kira lima kilometer sehingga ke sungai berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi operasi pada Khamis.

Beliau berkata, secara keseluruhan, jarak dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dianggarkan sekitar 10 kilometer.

"Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, masih berbaju cerah dan memakai seluar hitam," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital UiTM bagi tujuan bedah siasat.

"Kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!