Kanak-kanak lemas: Suasana hiba selubungi unit forensik Hospital UiTM

Beberapa individu dipercayai ahli keluarga mangsa dilihat berada di pekarangan Unit Forensik Hospital UiTM di sini pada Khamis.
Beberapa individu dipercayai ahli keluarga mangsa dilihat berada di pekarangan Unit Forensik Hospital UiTM di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Suasana hiba menyelubungi sekitar pekarangan Unit Forensik Hospital UiTM selepas mayat dipercayai kanak-kanak lelaki, Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang ditemukan di tebing Sungai Buloh pada Khamis dibawa untuk proses bedah siasat di sini.

Turut kelihatan beberapa individu difahamkan ahli keluarga kanak-kanak itu untuk melakukan pengecaman ke atas mayat terbabit.

Media bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki kawasan unit forensik itu dan hanya dibenarkan merakam gambar dan video daripada luar pagar.

Terdahulu, kehilangan kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemui pasukan penyelamat di sini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!