BAYANGKAN aroma ikan bakar dengan sambal yang pedas manis ketika berbuka puasa, serta-merta setiap suapan terasa lebih nikmat dan menghidupkan suasana Ramadan bersama keluarga.
Selain membuka selera, ikan bakar juga antara menu yang sihat dan mudah disediakan.
Di Threads, pemilik akaun @inurula tidak lokek berkongsi resipi sambal ikan bakar warisan arwah ibu mentuanya, yang pernah berniaga menggunakan resipi sama.
"Semoga perkongsian ni menjadi ilmu yang berpanjangan dan menjadi sumber limpahan pahala untuk arwah ma," tulisnya di media sosial.
Jom sama-sama cuba resipi sambal ikan bakar yang dikongsikannya... pasti menjilat jari!
Bahan kisar:
3 ulas bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci kunyit
2 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai
1 genggam udang kering
1 inci belacan (pilihan)
4 senduk cili kisar
Bahan lain:
1 keping gula melaka
2 sudu besar pes asam jawa
Garam secukup rasa
Daun kesum
Cara-caranya:
1. Kisar semua bahan kisar hingga halus
2. Tumis bahan kisar hingga betul-betul pecah minyak
3. Kerukan menumis, masukkan gula melaka untuk menghasilkan warna sambal yang cantik.
4. Perasakan dengan garam dan pes asam jawa.
5. Masukkan daun kesum
6. Pes sedia untuk digunakan dan lumur pada ikan sebelum dibakar.
Untuk sayur-sayuran, terpulang sama ada mahu menambah kacang bendi atau petai mengikut selera masing-masing ketika membakar ikan.
Selamat mencuba!


